Monday, 4 May 2009
Selamat Hari Ibu...
Sempena Hari Ibu. Macam2 email yang aku terima..Ini antara yang paling aku suka baca...Apapun ibu memang orang yang paling istimewa dalam hidup kita dan semua orang amat berharap dapat meluangkan banyak masa dengan ibu..aku pun sama. Tapi aku tetap sayang pada ibu dan berharap ibu akan terus sihat dan gembira selamanya...
Orang kata aku lahir dari perut ibu.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.... ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.... ibu
Bila bangun tidur, aku cari.... ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang .... ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.... ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.... ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.... ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... ibu
Aku selalu teringatkan .... ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada.... ibu
Bila takut, aku selalu panggil.... "ibuuuu!!!!! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.... ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... ibu
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... ibu
Yang selalu berleter kat aku... ibu
Yang selalu puji aku.... ibu
Yang selalu nasihat aku.... ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... ibu
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu..
yang ingat kat aku.... ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk ibu
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk ibu? ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau ibu sudah tiada? IBUUUU...RINDU IBU.... RINDU SANGAT!!
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya? berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya? berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya? berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya? berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya? berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya? akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : $4.00 2) Tolong jaga adik : $4..00 3) Tolong buang sampah : $1.00 4) Tolong kemas bilik : $2.00 5) Tolong siram bunga : $3.00 6) Tolong sapu sampah : $3.00 Jumlah : $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasih Ibu - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama.
"SELAMAT HARI IBU"